top of page

Bertemu Aruwin

Dibesarkan sebagai seorang kanak-kanak yang sungguh aktif. Aruwin mengambil bahagian dalam pelbagai sukan dan aktiviti. Daripada berenang ke luncur ombak, serta menari hinggalah ke luncur ais, dan terutamanya bermain ski, dia sangat akur tentang semua yang dicubanya. Dengan semua sukan yang diceburinya, dia amat tertarik dengan dunia sukan musim sejuk yang dingin . Aruwin bermimpi untuk menjadi seorang atlet Olimpik , dan ingin melakukan sesuatu yang berani dan baharu . Antara luncur ais dan ski alpine, dia dan keluarganya memandu selama 6 jam pergi dan balik setiap hujung minggu untuknya bermain ski di Sun Peaks, BC, Kanada, dan kembali berlatih luncur ais pada hari bekerja. Pada usia 11 tahun, Aruwin dan keluarganya berpindah dari Bellingham, Washington ke Colorado Springs, Colorado, untuk mengejar matlamatnya dalam sukan musim sejuk. Dia kemudian memutuskan untuk menghentikan luncur ais kompetitif, melihat bahawa dia semakin maju dalam perlumbaan ski, dan mula berlumba di bawah bendera Malaysia dalam siri FIS International Children's tidak lama kemudian. Pada tahun 2018, Aruwin mendapat peluang untuk berlatih dan berlumba di Dolomites di Itali, sekali gus memulakan era kerjayanya yang lebih kompetitif. Aruwin terus berlatih dan berlumba secara berkala di Eropah, dan menjelang akhir tahun pertamanya di FIS, impian Olimpik semakin hampir. Pada tahun 2022, ketika berusia 17 tahun dan di tahun kedua di FIS, Aruwin manjadi atlet wanita pertama dan termuda mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, China. Inilah permulaannya bagi beliau, untuk melakukan sesuatu yang berani dan baharu.

 

Selepas bertanding di Sukan Olimpik yang keduanya: Milano-Cortina 2026, Aruwin meneruskan perjalanannya sebagai perintis Malaysia dalam sukan musim sejuk dan tekap menyasarkan harapannya untuk memasuki litar Piala Dunia FIS, sebagai atlet pertama dari Asia Tenggara yang mampu berbuat sedemikian.

 

Aruwin juga baru-baru ini diterima masuk ke Universiti Boston , di mana beliau akan terus melanjutkan pelajarannya di samping matlamat bermain skinya.

 

 

1000075627_disunting.jpg
1000032267[1].jpg

“Kejarlah impianmu;
Jaga mentality anda supaya kuat
Bagi mangatasi segala-galanya.”

Pelumba Ski Alpine Malaysia: Aruwin Salehhuddin

GridArt_20250207_165726572[1]_disunting.png

Pasukan Ski Alpine Malaysia

Hubungi

Media sosial

  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube
  • TikTok

Connect with Aruwin 

© 2035 oleh Pemain Ski Alpine Malaysia: Aruwin Salehhuddin. Dikuasakan dan dijamin oleh Wix

bottom of page