
Perjalanan Ski Aruwin
Pada Februari 2022, Aruwin Salehhuddin manjadi atlet Wanita yang pertama dan termuda, mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Musim Sejuk. Semasa berusia 17 tahun, beliau bertanding dalam dua disiplin teknikal ski alpine. Ini hanyalah permulaan perjalanan ski Aruwin. Dengan komitmen, semangat, dan dedikasi, Aruwin terus meredah cerun untuk mengejar impiannya untuk menjadi pelumba ski bertaraf dunia. Sebagai salah seorang daripada segelintir rakyat Malaysia yang pernah mewakili di Sukan Olimpik Musim Sejuk, beliau juga berharap dapat membuka jalan bagi negara-negara tropika dalam sukan salji, dan menggalakkan lebih banyak minat dalam dunia musim sejuk ini.

Sorotan
![1000026147[1].jpg](https://static.wixstatic.com/media/73e237_4f76dfb86ff940b690f9aee19ed109df~mv2.jpg/v1/fill/w_278,h_371,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/73e237_4f76dfb86ff940b690f9aee19ed109df~mv2.jpg)
Pencapaian
Terokai pencapaian dan kemenangan penting Aruwin yang menonjolkan bakat dan keazamannya.
![1000026147[1].jpg](https://static.wixstatic.com/media/73e237_4f76dfb86ff940b690f9aee19ed109df~mv2.jpg/v1/fill/w_278,h_371,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/73e237_4f76dfb86ff940b690f9aee19ed109df~mv2.jpg)
Dapatkan pandangan tentang matlamat Aruwin untuk masa depan, sambil beliau meneruskan perjalanannya yang mengujakan dalam dunia ski alpine.
Pembiayaan dan Penajaan
Sokong perjalanan Aruwin
Kerjaya ski antarabangsa Aruwin kebanyakannya dibiayai sendiri, dengan gigih mengharungi cerun ski menentang persekutuan ski yang banyak mendapat sokongan daripada negara-negara maju musim sejuk. Di luar matlamatnya untuk mara ke litar Piala Dunia FIS, beliau bersemangat untuk membina sistem sokongan yang berkekalan supaya anak-anak Malaysia pada masa hadapan dapat mengikuti sukan musim sejuk dengan lancar. Walau bagaimanapun, tanpa sokongan kewangan, impiannya untuk mengangkat generasi atlet sukan musim sejuk Malaysia pada masa hadapan dan mencapai tahap tertinggi sukan ini akan terpendek. Aruwin kini sedang mencari penaja dan kerjasama yang berpotensi dan akan sangat menghargai segala sokongan dan bantuan anda untuk bersama menyertai perjalanannya.

_edited.jpg)






































